Sahabat Maya

Rabu, 28 September 2011

Wordless Wednesday #1


Aku yang bernama siapa

Hidup tak seindah mimpi
Ia hanyalah realiti yang tak terjangkau dek akal manusia
Ilmu yang ada dalam dada perlu diguna
Dalam meniti sirah hidup supaya kita tidak tersesat di kemudian hari

Siapakah aku?
Kenapa aku masih berteleku di sini
Mengapakah aku masih terhenti di sini
Sesungguhnya penantian ini terlalu kusut & panjang
Aku menjadi terlalu alpa & leka
Tentang sesuatu yang bukan milikku
Apabila aku tersedar aku telah hilang arah
Jauh.....

Di manakah hendak ku bawa diri & haluanku
Kepada siapa aku hendak bertanya arahku
Siapakah aku sebenarnya?

Tiada jalan pintas

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
Saya setuju dengan kata-kata Hassan Al-Basri kerana pada masa ini, banyak pengaruh negatif yang sentiasa berada di sekelililng kita samada kita sedar atau tidak. Oleh itu, ambil peluang untuk buat kebaikan & jangan bertangguh untuk buat baik.

Sebenarnya sangat susah untuk buat baik & sangat senang untuk buat jahat kerana Syaitan sentiasa memerangkap anak cucu Adam supaya terjerumus ke jalan kejahatan. Bila kita berbuat salah, akan ada satu perasaan gementar di dalam hati iaitu Iman. Sentiasalah berpihak kepada Iman kerana ia lebih dekat Allah.

Jalan kejahatan adalah jalan pintas, kita akan dapat apa yang kita mahukan tetapi ia tak kekal lama. Akan tetapi jalan kebaikan sangat susah & berliku, banyak halangan yang akan tiba di depan kita. Kekadang ia akan mengambil masa yang agak lama, kesabaran amat perlu. Namun bila tiba ke destinasi kita akan merasa gembira & bahagia.

Selasa, 27 September 2011

Reddress yang merah tak hengat

Nama  dia REDDRESS, satu-satunya evening dress mampu menampung seramai 238 orang. Fantastic kan?


Info Ringkas:

  • Ia adalah karya seorang designer popular dari Korea yang berpangkalan di Helsinki iaitu Aamu Song. REDDRESS adalah V-neck ballgown berlengan panjang yang boleh memuatkan sehingga 238 orang ke dalam poket dalam skirt pada masa yang sama. 
  • Baju ini dicipta khas untuk sebuah persembahan muzikal di London sempena London Design Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. 
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain sepanjang 550 meter dari kain wol klasik Kvadrat Divina yang mempunyai jejari sepanjang 10 meter mengelilingi baju utama di tengah-tengah yang setinggi 3 meter. 



Jom tgk lagi:-

 
 
 
 
 


source: telegraph.co.uk, dailymail.co.uk/billy info

Rabu, 21 September 2011

Light in the end of the tunnel

Ida terasa sangat dengan kengkawan yang tak mau join bisnes yet dok 'sok sek' belakang Ida. Perli la, kata kat belakang. Ida cakap terus-terang yang Ida ni bukanlah jenis peramah & cakap banyak. Cuma dengan orang2 tertentu sahaja Ida akan berbual panjang.Jadi kalau terasa dalam hati, Ida akan diamkan diri je.

Tapi bila 'kawan-kawan' yang selama ini Ida akan close dah berubah 360 degrees just because Ida ajak dorunk join jadik bisnes partner tapi dorunk tak nak tapi mengata at the back... Ida terkilan sangat.

Apapun yang terjadi, Ida perlu utamakan satu perkara, business must go on. Ida tahu yang Allah sentiasa bersama Ida walau apa dugaan yang melanda. So, be strong Ida, ini baru dugaan yang kecik. InsyaAllah jalan kejayaan sentiasa ada kalau kita berusaha. Believe in your heart that there's always have light in the end of the tunnel.


Selasa, 20 September 2011

Kecewa sebentar @ derita selamanya

Hidup tidak selalunya indah. 
Langit tak selalu cerah. 
Suram malam tak berbintang. 
Itulah lukisan alam.

Kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa hadapan. Kita selalu membayangkan bahawa bila kita melangkah ke suatu alam baru, segalanya akan menjadi sempurna. Jika pada suatu hari berlakunya perkara yang di luar jangkaan kita & membuatkan kita berasa amat sedih, kecewa & merana....barulah kita sedari bahawa kitaran hidup bukan terletak dalam genggaman kita.

Begitu juga dengan soal menjaga pasangan kita yakni suami / isteri; pasangan sehidup semati. Ini bukan soal main-main, bagi saya nilai pasangan bukanlah nilai wang ringgit tapi nilai hati. Hati jika sudah terluka amat sukar untuk sembuh. Hati andai sudah kecewa amat susah untuk bangun semula.

Usah dirayu pada yang telah pergi
Hanya luka lama berdarah kembali

Bangunlah wahai insan yang sedang bersedih. Jangan memandang pintu yang bertutup terlalu lama, sedangkan pintu baru telah terbuka luas untukmu. Rebutlah peluang, majukan diri sendiri. Usah mengharap pada orang yang tak sudi. Semoga hari esok akan bersinar secerah mentari pagi.

Rabu, 14 September 2011

Bermulanya suatu perjalanan baru

Bismillahirahmanirrahim.

Dengan lafaz kalimah yang satu, aku memulakan langkah kaki dalam dunia perniagaan. Bukannya aku tak pernah mulakan sebarang perniagaan, tetapi aku dapat rasakan "aura" yang luar biasa kali ini. Aku dapat rasakan setiap langkah perjalananku semakin jelas. Aku rasa arah tujuanku semakin kelihatan di ruang mata. Aku dapat merancang destinasiku kali ini, tapi yang pasti aku perlukan rahmat Allah s.w.t. dalam setiap langkah waima seinci pun.

"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

Itu ayat yang diberikan oleh sepupuku ketika aku berumur 5 tahun. Baru kini aku sedar, kata-kata beliau banyak betulnya...Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Oleh itu, memang usaha diperlukan untuk capai kejayaan. Kemenangan takkan datang bergolek.

Mak, abah, adik2, kawan2, aku perlukan sokongan kalian yang tak berbelah bahagi... Moga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan & kegembiraan yang tak pernah berhenti kepada kita semua. Dan, yang paling penting mendapat redha Ilahi...

Isnin, 12 September 2011

A Brand New Me

Phewww.... a sigh of relief...
I was in a state of the most confuse last week... There are a bottleneck problem need to be settled...

Alhamdulillah...everything was settle dgn amat lancar... I sangat2 happy sesangat uols... Tak sangka akhirnya persoalan yang bermain di benak selama ini terjawab dalam sekelip mata...Despite apa yang berlaku, I tahu Allah sentiasa ada rahsia disebaliknya...Memang I berhati-hati tapi kadang2 I suka mencuba & mencabar diri akhirnya I sendiri yang nangis...

By the way, tu cite dah basi beb minggu lepas,
as today I begin my new life, pandang dunia dari sudut yang berbeza...
After all, kalau nak dipikirkan even moon pun ade dark side... Kita manusia mesti tak dapat lari dari cobaan kan...Ape yang penting sabarkan diri...bukannya ni ujian 1st yang kita pernah tempuh kan... Banyakkan bermujahadah & mengingati Allah...Minta pertolongan dari Dia... Jawapannya pasti ada...


Rabu, 7 September 2011

Brain for vacation

Just about this mornin' my head is turning upside down because of my personal problem...
Nowadays, I've gone thru a lot of insomniac troublesome matters. Ramadhan is really tested my patience, my manners and my love. I just need to give my brain a little breaks, going for vacation... Hopefully after this I'll be back in track...Chaiyok....