Sahabat Maya

Sabtu, 16 Mei 2015

Aku bebas!!!!!

Beberapa hari ini aku dalam dilema untuk melepaskan orang yang aku sayang telah pergi.  Namun kini aku sedar segalanya milik Allah. Dan kalau Allah ambilnya kembali, aku patut berlapang dada.

Alhamdulillah, keluarga di sisi senantiasa bagi sokongan dan doa agar aku gembira.

Untuk kesekian kalinya, arwah abah aku bagi keputusan yang bijaksana. Dia tak mengarah cuma meminta. Dan hari ini, aku mengakui 200 persen yang pendapat yang mak dan abah bagi memang tepat. Aku kan terus membalas jasa ayananda dan bonda tercinta selagi hayat dikandung badan.

Khamis, 14 Mei 2015

Rapuhnya

Rapuhnya kita dalam langkah meniti hidup sehari-hari. Kadang-kadang kita fikir kita dah cukup kuat untuk tempuh dugaan tetapi ternyata kita juga perlukan bahu untuk bersandar, mata untuk menangis dan dahi untuk bersujud.

Ahad, 10 Mei 2015

Daun yang gugur pun tak pernah menyalahkan angin

Assalamualaikum...

Kata-kata yang aku baca ini membuatkan aku tersentak dari lamunan. Ya, daun-daun sentiasa jatuh berguguran. Namun, namun ia tak pernah salahkan angin. Begitu juga dengan hidup dan takdir kita. Apa yang terjadi, baik mahupun buruk, ia adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Dendam. Daun-daun tu tak pernah cuba membalas dendam kepada angin meskipun anginlah yang menjatuhkannya. Sebaliknya ia, meliuk lentok bergerak mengikut arah angin dan mereka menjadi sahabat setia.

Pastinya, ada kemaafan yang terindah dalam setiap kesilapan yang kita pernah buat. Kita merasakan bahawa dosa kita terlalu banyak, tetapi rahmat Allah lebih luas dari dosa kita.

Saat ini, detik ini dan ketika ini. Kita tanyalah kepada diri sendiri, sudah berapa banyak kesusahan yang telah kita tempuhi dan sebahagian besar dugaan hidup kita rentasi. Dan, adakalanya kita sudah lupa permintaan kita yang telah dimakbulkan. Kita lupa bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri. Lantas, apabila ditarik semula. Kenapa kita mula marah? Bukankah semua yang diberikan kepada kita hanya pinjaman sahaja.

Aku mengharapkan diri aku menjadi seperti daun yang berguguran yang tak pernah menyalahkan angin, sebaliknya bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk mulakan fasa pengalaman baru yang lebih baik, insyaAllah.

Ahad, 3 Mei 2015

Musim dan Rezeki

Assalamuaikum...
Salam sejahtera.

Musim cuti sekolah dah tiba tapi pendek aje tu pun sebab cuti kali ini agak panjang 1-4 Mei 2015. Sekarang juga musim hujan. Nun di utara negeri-negeri di Malaysia mengalami hujan pada petang hari. Tetapi di sekitar selatan hujan turun pagi, petang tak kira masa. Saya pernah sembang dengan adik yang kerja di Tesco Nilai. Dia cakap cuaca sekarang tak kira musim. Saya jawab bumi dah tua. Dia pun adakalanya hilang ingatan. Itu jawapan saya sambil tersenyum. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu tentang semua yang berlaku.

Rezeki juga Allah yang tentukan. Sebut pasal GST semua marah. Saya juga setuju bahawa berlaku ketidakadilan dalam perlaksanaan cukai ini. Ramai peniaga dan pengguna masih lagi celaru mengenai pengiraan cukai. Akibatnya, harga barang melambung tinggi. Itu juga dikira sebagai rezeki. Rezeki yang sampai pada kita telah Allah tentukan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Jadi, tepuk dada tanya iman. Di manakah kepercayaan kita kepada Allah.

Sabtu, 2 Mei 2015

Tarik rambut sampai putus

Air dicincang tak akan putus. Begitulah kehidupan keluarga. Walau macam mana sekalipun perselisihan faham yang kita lalui akhirnya kita akan pulang kepada keluarga tersayang.

Setelah lama mengembara dan bermusafir di negeri orang, aku rasa tiba masanya aku pulang untuk menjaga ibuku.

Mak, maafkanlah kak long kerana berpergian terlalu lama ke tempat orang untuk mencari sesuap nasi. Kak long tidak berniat untuk pergi lebih jauh melainkan Allah telah jemput kak long.

Kak long harap selepas ketiadaan kak long, keluarga kita masih menjaga hubungan silaturrahim dengan saudara mara dan sesama manusia. Jangan disebabkan hal yang terlalu kecil kita nyalakan api yang membara dalam hati kita.

Allah ciptakan hati kita kuat untuk tempuh fugaan, kita sentiasa kena mengadu dan meminta kepadaNya agar hidup kita mendapat rahmat dan redha dari Allah.

Keluarga....
Cuba tengok di sekeliling kita. Merekalah orang yang memberi kasih sayang dan bantuan tanpa syarat. Mereka sentiasa ada tangan untuk dihulurkan tika kita susah. Bahu mereka sentiasa ada untuk kita bersandar untuk luahkan rasa.
Dek kerana salah faham, usah biarkan sayang kita juga putus bersama rambut itu.
Siapa lagi kita ada untuk harungi ujian kehidupan ini....

Jumaat, 1 Mei 2015

Rindu

Berada di kampung halaman membuatkan kita rasa kembali ke zaman kanak-kanak. Hanya ibu yang boleh buatkan rasa begitu. Aku rindu abah. Walaupun dia dah pergi meninggalkan dunia ini. Namun, kenangan bersama dia tak mungkin aku lupa.Aku rindu abah...

Bersama musim hujan, kenangan lama bermain di permukaan fikiran. Kocak airnya tenang namun begitu terkesan dalam hati. Sesungguhnya siapa kita untuk menidakkan sebuah takdir.


Khamis, 30 April 2015

Amanah

Bila sebut pasal amanah, aku akan selalu ingat pada Rasulullah yang selalu beramanah dalm setiap tingkahlaku Baginda.

Aku mengalami suatu peristiwa yang amat terkesan di hati hari ini. Kereta rosak di tengah jalan. Orang yang lalu lalang memang buat tak tahu. Syukur, aku lalu highway jadi call PLUS ronda. Diorang hantar sampai Tol Juru.

First time rasa naik kereta atas lori towing. Swag ok. Tak caye sila try.

Apa yang aku musykilkan, kenapa tak ada orang tanya aku. Aku panik dalam keadaan macam tu. Hampir 1 jam dalam kereta sebab tak tahu nak buat apa.

Alhamdulillah, kereta aku rosak dekat dgn tol. Just imagine kalau near hutan...Auzubillahi min zalik.

Amanah kita sebagai saudara sesama Muslim. Sama-sama kita pelihara. Pesanan itu ditujukan terutama kepada aku.

Isnin, 27 April 2015

Kerepek Pagoda & Kerepek Pisang

Baru-baru ini, saya  sibukkan diri dengan urusan menghantar kerepek di sekitar daerah lembah Klang, Putrajaya dan Seremban. Malas nak fikir lagi urusan lain. Setakat ini, hujung minggu dihabiskan dengan bisnes dan belajar.

Traffic jam dalam kepala pun dah sesak disebabkan assignment & project yang agak menguji keimanan semester baru ini. Traffic jam dalam KL lagilah tak mampu nak handle, boleh pulak termasuk kat Jalan Connaught petang sabtu tu. Memang serabut jugak la nak keluarkan diri dari jalan tu.

Kerepek pagoda ini mak saya buat, memang resipi sendiri. Pada mulanya, adik-beradik saya meniaga kecil-kecilan di rumah. Melihat kepada permintaan pasaran yang berkehendakkan snek halal, kami menyusun strategi untuk memasarkan di luar Kedah. Alhamdulillah, kerepek pagoda ini mendapat sambutan yang amat baik.


Ada yang panggil kuih gunting, maruku pagoda dan seangkatan dengannya. Tapi kuih dia rupa macam yang kat atas ni :-)

Yang bestnya kerepek pagoda kami boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang sebab ia mengandungi rempah ratus. Orang resdung atau alahan pun boleh makan sebab tak ada seafood di dalam kerepek ini.

Oh lupa pasal kerepek pisang...hehehe. Kami gunakan pisang nangka yang enak dan lazat. Saya suka sebab potongannya yang nipis kalau tebal-tebal saya kurang layan....

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari www.facebook.com/pagodatradisi

Kalau takmau tahu pun tak apa.... :-)
 

Ahad, 26 April 2015

Antara pilihan hidup dan takdir

Tajuk ini pernah menjadi tagline bagi blog ini. Saya merasakan ia begitu dekat malam ini. Apabila direnung sedalam-dalamnya, tak semua yang kita impikan itu dapat kita kecapinya. Adakalanya kebahagiaan yang kita impikan putus di tengah jalan.

Apa yang telah berlaku sebagai pilihan hidup kita tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Sebagai seorang Islam, kita kena redha dengan qada' dan qadar iaitulah takdir.

Dalam berdepan dengan masalah dan keluh-kesah di dalam hidup, kita kena juga pandang belakang untuk mengambil iktibar atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak elok jadikan sempadan dan pengajaran.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati. Fahamilah apa yang terjadi adalah suratan Ilahi. Andai Dia takdirkan suatu hari kita ada jodoh. Sudah semestinya urusan itu Allah mudahkan. Jika kita tiada jodoh, janganlah menyimpan dendam pada diriku ini. Aku tak pinta kisah kita begini.

Ikhlas,
Seorang Hamba Allah

Selasa, 3 Mac 2015

Throwback - Never Ending Story



          
Dulu-dulu time kecik-kecik, saya suka tengok tv. Kalau time cuti tu dari pagi sampai malam.
Kiranya celik-celik ja mata, terus tarik button tv. Masa tu mana ada lagi remote control. Nak kuatkan suara tv pusing button ikut arah jam. TV rumah saya warna merah, my favourite color (hihihi).
Antara cerita faveret saya adalah Dragon Ball, Thunder Cats, Conan the Barbarian, lagi satu apa yang alah yang lagu dia ada ayat “The power combine”. Captain Planet kot...

Dan movie-movie yang saya layan adalah Star Trek, Star Wars (kira spesifikasi wajib tonton untuk saya). Tapi cerita kat tv 2 yang tak boleh lupa TheNever Ending Story.

Time tu watak idaman saya adalah Atreyu, seorang budak yang terpilih untuk menyelamatkan Fantasia.

Atreyu

Cerita ini mengisahkan seorang budak yang selalu dibuli, nama dia Bastian. Masa dia balik dari sekolah suatu hari yang indah & permai, dia kena kejar dengan 3 orang budak yang buli dia. Jadi dia lari dan bersembunyi dalam perpustakaan dan terjumpa buku Never Ending Story.

Watak yang comel dalam cerita tu adalah Empress yang akhirnya diberikan nama baru iaitu Moon Child dan lagi satu watak adalah Falkor, seekor naga tuah.


Empress


Kesudahan cerita mestilah happy ending :-)

Sabtu, 28 Februari 2015

SAHABAT, TEMAN DAN RAKAN

Sahabat,
Susah payah kita harungi dugaan ini
Kenapa perlu kita mengangkat tangan dan terus berserah.
Aku faham hidup kita sukar
Aku juga mengerti engkau juga sering mengeluarkan air mata agar tiada siapa tahu engkau bersedih. Allah kan ada bersama orang-orang yang sabar.

Teman,
Kita tempuhi liku-liku ujian kehidupan yang serba hebat.
Dalam kekurangan yang kita ada, Allah beri kita kekuatan untuk keluar dari masalah. Biar sebesar apa sekalipun lautan masalah kita tetap renangi bersama. Namun setiap apa yang dipinjam perlu dipulangkan. Begitu jualah hayat kita.

Rakan,
Biarpun kita tak kenal lama, namun kita tetap saudara. Tidakkah kau rasa ukhuwwah antara kita. Biarpun aku tak menanggung sengsaramu, aku tahu derita hatimu.

Sahabat, teman dan rakan.
Andai ini nukilan terakhirku aku pinta janganlah dibukakan aib sahabat, rakan mahupun teman waima pada orang yang paling dekat dengan kamu, kerana kita tak pasti bila kita kan bersua lagi untuk kita memohon maaf.
Andai kita tak tahu perihal sebenar, usahlah dijajakan cerita di mana sahaja kita berada.

Kita manusia, tidak sempurna. Kalau ada salah dan silapku, aku mohon kemaafan di atas kebodohanku, kekhilafanku dan kejahilanku. Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa.