Sahabat Maya

Sabtu, 28 Februari 2015

SAHABAT, TEMAN DAN RAKAN

Sahabat,
Susah payah kita harungi dugaan ini
Kenapa perlu kita mengangkat tangan dan terus berserah.
Aku faham hidup kita sukar
Aku juga mengerti engkau juga sering mengeluarkan air mata agar tiada siapa tahu engkau bersedih. Allah kan ada bersama orang-orang yang sabar.

Teman,
Kita tempuhi liku-liku ujian kehidupan yang serba hebat.
Dalam kekurangan yang kita ada, Allah beri kita kekuatan untuk keluar dari masalah. Biar sebesar apa sekalipun lautan masalah kita tetap renangi bersama. Namun setiap apa yang dipinjam perlu dipulangkan. Begitu jualah hayat kita.

Rakan,
Biarpun kita tak kenal lama, namun kita tetap saudara. Tidakkah kau rasa ukhuwwah antara kita. Biarpun aku tak menanggung sengsaramu, aku tahu derita hatimu.

Sahabat, teman dan rakan.
Andai ini nukilan terakhirku aku pinta janganlah dibukakan aib sahabat, rakan mahupun teman waima pada orang yang paling dekat dengan kamu, kerana kita tak pasti bila kita kan bersua lagi untuk kita memohon maaf.
Andai kita tak tahu perihal sebenar, usahlah dijajakan cerita di mana sahaja kita berada.

Kita manusia, tidak sempurna. Kalau ada salah dan silapku, aku mohon kemaafan di atas kebodohanku, kekhilafanku dan kejahilanku. Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa.