Sahabat Maya

Khamis, 30 April 2015

Amanah

Bila sebut pasal amanah, aku akan selalu ingat pada Rasulullah yang selalu beramanah dalm setiap tingkahlaku Baginda.

Aku mengalami suatu peristiwa yang amat terkesan di hati hari ini. Kereta rosak di tengah jalan. Orang yang lalu lalang memang buat tak tahu. Syukur, aku lalu highway jadi call PLUS ronda. Diorang hantar sampai Tol Juru.

First time rasa naik kereta atas lori towing. Swag ok. Tak caye sila try.

Apa yang aku musykilkan, kenapa tak ada orang tanya aku. Aku panik dalam keadaan macam tu. Hampir 1 jam dalam kereta sebab tak tahu nak buat apa.

Alhamdulillah, kereta aku rosak dekat dgn tol. Just imagine kalau near hutan...Auzubillahi min zalik.

Amanah kita sebagai saudara sesama Muslim. Sama-sama kita pelihara. Pesanan itu ditujukan terutama kepada aku.

Isnin, 27 April 2015

Kerepek Pagoda & Kerepek Pisang

Baru-baru ini, saya  sibukkan diri dengan urusan menghantar kerepek di sekitar daerah lembah Klang, Putrajaya dan Seremban. Malas nak fikir lagi urusan lain. Setakat ini, hujung minggu dihabiskan dengan bisnes dan belajar.

Traffic jam dalam kepala pun dah sesak disebabkan assignment & project yang agak menguji keimanan semester baru ini. Traffic jam dalam KL lagilah tak mampu nak handle, boleh pulak termasuk kat Jalan Connaught petang sabtu tu. Memang serabut jugak la nak keluarkan diri dari jalan tu.

Kerepek pagoda ini mak saya buat, memang resipi sendiri. Pada mulanya, adik-beradik saya meniaga kecil-kecilan di rumah. Melihat kepada permintaan pasaran yang berkehendakkan snek halal, kami menyusun strategi untuk memasarkan di luar Kedah. Alhamdulillah, kerepek pagoda ini mendapat sambutan yang amat baik.


Ada yang panggil kuih gunting, maruku pagoda dan seangkatan dengannya. Tapi kuih dia rupa macam yang kat atas ni :-)

Yang bestnya kerepek pagoda kami boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang sebab ia mengandungi rempah ratus. Orang resdung atau alahan pun boleh makan sebab tak ada seafood di dalam kerepek ini.

Oh lupa pasal kerepek pisang...hehehe. Kami gunakan pisang nangka yang enak dan lazat. Saya suka sebab potongannya yang nipis kalau tebal-tebal saya kurang layan....

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari www.facebook.com/pagodatradisi

Kalau takmau tahu pun tak apa.... :-)
 

Ahad, 26 April 2015

Antara pilihan hidup dan takdir

Tajuk ini pernah menjadi tagline bagi blog ini. Saya merasakan ia begitu dekat malam ini. Apabila direnung sedalam-dalamnya, tak semua yang kita impikan itu dapat kita kecapinya. Adakalanya kebahagiaan yang kita impikan putus di tengah jalan.

Apa yang telah berlaku sebagai pilihan hidup kita tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Sebagai seorang Islam, kita kena redha dengan qada' dan qadar iaitulah takdir.

Dalam berdepan dengan masalah dan keluh-kesah di dalam hidup, kita kena juga pandang belakang untuk mengambil iktibar atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak elok jadikan sempadan dan pengajaran.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati. Fahamilah apa yang terjadi adalah suratan Ilahi. Andai Dia takdirkan suatu hari kita ada jodoh. Sudah semestinya urusan itu Allah mudahkan. Jika kita tiada jodoh, janganlah menyimpan dendam pada diriku ini. Aku tak pinta kisah kita begini.

Ikhlas,
Seorang Hamba Allah